PM dapatkan pendirian Australia ekstradisi Sirul Azhar - Utusan Malaysia

PM dapatkan pendirian Australia ekstradisi Sirul Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mendapatkan pendirian Australia berhubung isu ekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau akan membincangkan perkara itu dalam pertemuannya bersama Menteri Luar Australia, Julia Bishop pada minggu ini.

“Saya akan berbincang beberapa perkara dalam pertemuan itu. Tidak secara khusus (isu Sirul Azhar) tetapi saya mahu mendapatkan pendirian Australia berhubung perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Sirul Azhar berada dalam Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia sejak 20 Januari 2015.

Pada 2009, Sirul Azhar dan seorang lagi bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya 11 tahun lalu.

Sirul Azhar bagaimanapun melarikan diri ke Brisbane pada Oktober 2014 ketika mahkamah mempertimbangkan semula ke­pu­tusan ke atasnya, bergantung kepada rayuan.

Dia kemudian dijatuhkan hukuman mati pada 2015 namun tidak hadir ke mahkamah dan beberapa hari selepas itu, Sirul Azhar ditahan oleh pihak imig­resen Australia kerana masalah visa.

Di bawah undang-undang Aus­tralia, kerajaan negara itu diwajibkan memberi visa perlin­dungan apabila pemohon me­langgar hak asasi manusia yang serius atau apabila dirinya berisiko tinggi untuk terancam.

Bagaimanapun, pemohon ti­dak layak untuk dilindungi jika dia telah melakukan jenayah pe­rang, kemanusiaan atau bukan politik yang serius sebelum memasuki Australia. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN