PLUS lencong laluan di Restoran Jejantas Ayer Keroh esok - Utusan Malaysia

PLUS lencong laluan di Restoran Jejantas Ayer Keroh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Julai – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan lencongan berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh (arah utara) di Lebuh Raya Utara-Selatan di sini mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang esok bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya itu.

Menurut kenyataan PLUS, sepanjang tempoh penutupan tersebut, semua kemudahan di Restoran Jejantas Ayer Keroh (arah utara) akan ditutup termasuk stesen minyak, gerai, surau dan tandas awam untuk melancarkan pergerakan trafik.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang dikeluarkan.

“Orang ramai dari arah selatan dinasihatkan agar menggunakan kemudahan di stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh (arah utara) atau Hentian Sebelah Pedas Linggi (arah utara) untuk mengisi minyak kenderaan atau mendapatkan kemudahan lain,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN