SHAH ALAM 23 Julai – Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni tidak goyang sekiranya Pas bergandingan dengan Barisan Nasional (BN) untuk berkempen di kawasan tersebut. Malah, Mohd. Zawawi menyuarakan keyakinan bahawa kesemua pengundi Pas yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu akan terus memihak kepadanya pada pilihan raya kecil kali ini. “Terserah kepada Pas sekiranya mereka mengisytiharkan untuk bergabung dengan BN sepanjang…










