KUALA LUMPUR 6 Julai – PKR hari ini menyindir Pas berikutan kelantangan parti tersebut memperlekeh kelemahan penguasaan bahasa Melayu Peguam Negara, Tommy Thomas.
![]() |
|
LATHEEFA KOYA
|
Penasihat Undang-undang PKR, Latheefa Koya dalam nada sinis mempersoalkan bahasa apa yang digunakan oleh Tommy ketika mengendalikan urusan kerajaan Pas Kelantan berhubung isu royalti petroleum lapan tahun lalu.
“Nak tanya Pas masa 2010 melantik Tommy mewakili kerajaan Kelantan bagi memfailkan tuntutan royalti petroleum di mahkamah, Tommy cakap bahasa apa ya?,” katanya dalam status di Twitter beliau hari ini.
Aku nak tanya Pas masa 2010 melantik Tommy mewakili kerajaan Kelantan bagi memfailkan tuntutan royalti petroleum di mahkamah, tommy cakap bahasa apa ya https://t.co/VxnE0WGVU0
— Latheefa Koya (@LatheefaKoya) July 6, 2018
Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, rakyat perlu bangkit menegur kepincangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam soal memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berikutan dua kontroversi bahasa membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Tommy.
Tegasnya, dalam hal ini, kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan mempertahankan kedudukan bahasa kebangsaan dan tidak memberi isyarat yang salah kepada rakyat bahawa terdapat usaha untuk meruntuhkan tonggak asas bernegara yang telah dipersetujui semua kaum. – UTUSAN ONLINE












