PKR P. Pinang sokong Anwar bertanding jawatan Presiden PKR - Utusan Malaysia

PKR P. Pinang sokong Anwar bertanding jawatan Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menyambut baik dan menyokong penuh keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon presiden parti itu pada pemilihan parti kali ini.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata, semua anggota parti sememangnya telah lama menunggu Anwar kembali mengemudi parti itu dan seterusnya memimpin negara kerana kepimpinannya diyakini boleh memantapkan parti bagi menghadapi cabaran dalaman mahupun luaran.

“Sepanjang tempoh 20 tahun PKR berada di persada politik negara kami telah berjaya menyuburkan benih demokrasi dalam negara kita. Ini terbukti apabila parti lawan iaitu UMNO telah keluar daripada amalan tradisi yang tidak membenarkan pertandingan jawatan tertinggi parti.  

“Tetapi hari ini jawatan presiden, timbalan presiden serta naib presiden dipertandingkan secara terbuka dan boleh dicabar oleh sesiapa sahaja. Justeru dengan semangat Malaysia Baharu ini, kami di PKR tidak boleh terlepas daripada merayakan pesta demokrasi ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mansor berkata PKR negeri turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah mengemudi parti dengan cemerlang sehingga memperoleh kemenangan besar sehingga berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Tanpa kekuatan kepimpinan mereka berdua adalah amat sukar bagi parti untuk maju dan disegani ramai. Tidak dilupakan kepimpinan parti lain di semua peringkat,” katanya. 

Pada Ahad lepas Anwar membuat keputusan untuk menawar diri bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti akan datang setelah berbincang dengan Dr Wan Azizah, Mohamed Azmin dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan parti berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN