PKR Negeri Sembilan sokong Anwar bertanding jawatan Presiden  - Utusan Malaysia

PKR Negeri Sembilan sokong Anwar bertanding jawatan Presiden 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan menyokong dan menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada September tahun ini.

Pengerusinya, Aminuddin Harun berkata, PKR Negeri Sembilan sangat yakin dan percaya bahawa Anwar layak memegang jawatan tersebut berdasarkan jasa dan pengorbanan beliau kepada parti, rakyat dan negara. 

“Dengan perubahan landskap politik hari ini, PKR Negeri Sembilan yakin Anwar dapat memberi satu impak dan anjakan paradigma yang jauh lebih besar dalam membentuk suasana serta dimensi baru dalam politik negara.

“Jika Anwar diberi mandat oleh anggota parti, beliau diyakini mampu  memperkasakan keutuhan Pakatan Harapan dalam mendepani cabaran dan tribulasi perjuangan yang saling menguji,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Anwar yang juga Penasihat dan Ketua Umum PKR beberapa hari lalu mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini. 

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, PKR negeri ini yakin Anwar akan berjaya membawa parti itu ke satu tahap yang lebih tinggi serta dihormati dan disanjungi oleh kawan dan lawan. 

Justeru, katanya, akar umbi PKR Negeri Sembilan bersedia memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Anwar untuk bertanding jawatan Presiden PKR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN