PKR Kelantan desak kerajaan lantik wakil kabinet daripada Kelantan - Utusan Malaysia

PKR Kelantan desak kerajaan lantik wakil kabinet daripada Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – PKR Kelantan mendesak kerajaan agar melantik seorang wakil Kabinet  daripada Kelantan bagi melancarkan urusan antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata, pihaknya tidak kisah mana-mana wakil dipilih daripada parti komponen PH  asalkan individu itu berasal daripada Kelantan.

“Kami percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi peluang kepada mana-mana pimpinan PH Kelantan untuk menganggotai Kabinet  selepas ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri PKR Kelantan Bersama Media di sini, malam tadi.

Setakat ini, keanggotaan dalam Kabinet  masih berbaki tiga untuk menjadikannya 29 orang dan menurut Dr Mahathir mereka akan dilantik sebagai senator bagi mengisi kekosongan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum  ke-14 pada 9 Mei lepas, PH Kelantan gagal menawan sebarang kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu menyaksikan tiada wakil daripada negeri ini dalam Kabinet. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN