KOTA BHARU – PKR Kelantan mendesak kerajaan agar melantik seorang wakil Kabinet dari Kelantan bagi melancarkan urusan antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PKR Kelantan, Ab. Aziz Ab. Kadir berkata, pihaknya tidak kisah mana-mana wakil dipilih daripada parti komponen PH asalkan individu itu berasal dari Kelantan. “Kami percaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memberi peluang kepada mana-mana pimpinan PH Kelantan untuk…










