Pjanic mahu sertai Chelsea - Utusan Malaysia

Pjanic mahu sertai Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 19 Julai – Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic mengadakan pertemuan dengan ejen baharunya bagi membincangkan kemungkinan untuk berpindah ke Chelsea pada musim panas ini.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara watak penting di bahagian tengah Juventus dengan menjaringkan tujuh gol dan 14 bantuan jaringan dalam 44 penampilan.

Juara Serie A itu bagaimanapun berhasrat untuk memberikan tawaran kontrak baharu kepada Pjanic.

Bagaimanapun, terdapat beberapa laporan di Itali menyatakan, ejen baharu Pjanic, Fali Ramadani sudah berbincang mengenai peluangnya untuk behijrah ke Stamford Bridge.

Pjanic bertemu Ramadani untuk makan malam di Milan dan ejennya itu memiliki hubungan baik bersama Chelsea terutama selepas dia memainkan peranan penting sewaktu rundingan mendapatkan Maurizio Sarri.

Sarri dilaporkan berminat untuk mendapatkan Pjanic tetapi perpindahan itu sukar untuk direalisasikan selepas Juventus mengadakan perbincangan mengenai Daniele Rugani dan Gonzalo Higuain.

Barcelona juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Pjanic dan Ramadani turut membincangkan peluangnya menyertai juara Sepanyol itu.

Chelsea pada masa sama sudah berjaya memperkukuhkan barisan tengahnya selepas berjaya mendapatkan khidmat Jorginho daripada Napoli tetapi Sarri risiko kehilangan Rhibaut Courtois dan Eden Hazard yang kini menjadi buruan Real Madrid.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN