KUALA LUMPUR 23 Julai – Kerajaan mempertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman dari Jepun bagi mengurangkan kos kewangan yang melonjak akibat hutang negara sebelum ini yang dikatakan terlalu tinggi. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sebelum ini memperoleh 90 peratus daripada wang hutang tetapi membayar semula faedah pada kadar 100 peratus. Jelasnya, nilai yen adalah lebih murah daripada ringgit di mana satu yen bernilai AS$0.01 manakala RM1 bersamaan dengan AS$0.25.…









