Pinjaman TEKUN tidak lagi perlu campur tangan politik - Utusan Malaysia

Pinjaman TEKUN tidak lagi perlu campur tangan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Permohonan  pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) tidak lagi perlu mendapatkan tandatangan atau syor  daripada  pemimpin  parti  politik seperti yang diamalkan sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam memastikan TEKUN Nasional dapat terus maju ke hadapan dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

“Dahulu kalau mahu mendapatkan perakuan  atau kelulusan, ia seperti satu kewajipan ketua bahagian (parti politik) akan diminta untuk mengesahkan permohonan atau sebagai syarat (untuk kelulusan).

“Pertimbangan paling wajar adalah untuk menggunakan mekanisme sebenar kerajaan iaitu melalui ketua kampung atau penghulu yang akan lebih bertanggungjawab dari segi pentadbiran untuk mengesahkan sama ada pemohonan itu benar-benar memenuhi kriteria untuk mendapat apa jua bentuk pinjaman daripada TEKUN Nasional,” katanya kepada Bernama, di sini hari.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin yang baharu memulakan tugasnya di kementerian itu semalam. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN