Piala FA: Penyokong jangan cetuskan provokasi - Utusan Malaysia

Piala FA: Penyokong jangan cetuskan provokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Jangan cetuskan provokasi atau berdepan dengan tindakan. Itu nasihat diberikan oleh pihak polis kepada penyokong pasukan Selangor dan Pahang menjelang perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga akan meningkatkan kawalan sama ada diluar dan dalam stadium bagi memastikan keselamatan dan perjalanan sepanjang perlawanan akhir itu berjalan dengan lancar.

“Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penyokong yang tidak mengikuti undang-undang sepanjang perlawanan itu berlangsung dengan melakukan sebarang provokasi atau kekecohan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga akan membuat pemeriksaan terhadap penyokong di pintu masuk stadium bagi menghalang penyokong membawa bahan terlarang ke dalam stadium,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan menjelaskan, antara barangan larangan ke stadium mercun, bunga api, suar, topi keledar, pemetik api, sebarang objek tajam dan payung.

“Barang-barang ini tidak dibenarkan dibawa masuk kerana membahayakan penyokong lain dan boleh digunakan senjata jika terjadi pergaduhan.

Mazlan turut memberitahu, seramai 1,486 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang perlawanan itu yang dijangka berlangsung pukul 9 malam esok.

Malah katanya, pihaknya juga akan memastikan kelancaran trafik dan keselamatan orang ramai menuju ke stadium. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN