PH tetap pertahan institusi agama dan Melayu - Utusan Malaysia

PH tetap pertahan institusi agama dan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 23 Julai – Pakatan Harapan (PH) tetap akan mempertahankan institusi agama, Melayu dan raja-raja walaupun didakwa sebaliknya oleh pembangkang.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, namun perjuangan PH dalam perkara itu tidak sama dengan UMNO dan Pas kerana pada masa sama mereka juga memperjuangkan masa depan semua kaum.

“Tidak ada dalam manifesto, PH akan meruntuhkan institusi tersebut,” katanya ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Taman Sri Andalas di sini malam ini.

Menurutnya yang juga Menteri Luar, Pas dan UMNO yang dilihat bekerjasama dalam PRK Sungai Kandis, masih belum keluar daripada perjuangan sempit sentimen agama dan kaum.

Katanya, sebab itulah kedua-dua parti tersebut ditolak oleh pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Turut menyertai ceramah tersebut yang dihadiri kira-kira 200 orang itu ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Sementara itu, Mukhriz meminta pengundi DUN Sungai Kandis terus memberi kemenangan kepada calon PKR bagi meneruskan agenda kerajaan PH menentang rasuah.

Menurutnya, rakyat melakukan perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu kerana mereka menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN