KUALA LUMPUR 19 Julai – Pembangkang memberi tempoh setahun kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) memberi peluang tersebut kepada kerajaan kerana sebelum ini mereka mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) membebankan rakyat. “Kita beri tempoh 100 hari sehingga 1 September ini dan selepas itu…










