PH bincang wujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen - Utusan Malaysia

PH bincang wujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan Pakatan Harapan telah mengadakan perbincangan untuk mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963  yang dimansuhkan pada 1992, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, akta itu perlu diwujudkan semula agar Parlimen mempunyai autonomi sendiri serta dapat memainkan peranan dengan menimbang serta memeriksa kuasa eksekutif kerajaan demi kebaikan rakyat dan negara.

“Antara pembaharuan yang kami komited (untuk lakukan) termasuk mahu membebaskan Parlimen sebagai sebuah institusi yang benar-benar mencerminkan doktrin pengasingan kuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Ko Chung Sen di sini hari ini.

Kor Ming, mengulas perbahasan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas yang mahu kerajaan serius dalam usaha mengembalikan kewibawaan institusi Parlimen dengan mewujudkan semula akta tersebut.

Johari berkata, Parlimen perlu mempunyai peruntukan kewangan secara langsung serta melantik kakitangan sendiri tanpa perlu mengambil daripada Jabatan Perdana Menteri seperti sebelum ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN