PH bercadang lantik ketua backbenchers di Parlimen - Utusan Malaysia

PH bercadang lantik ketua backbenchers di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melantik ketua backbenchers (penyokong-penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai wakil kerajaan pada sidang Dewan Rakyat bagi memastikan kuorum di pihak parti pemerintah sentiasa mencukupi.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, isu ketidakhadiran wakil rakyat PH pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang dan masalah tersebut boleh diselesaikan menerusi pelantikan backbenchers.

“Saya syorkan agar Ketua Whip PH mengadakan perbincangan dan melantik backbenchers terlebih dulu agar kuorum kerajaan mencukupi ketika sidang Dewan Rakyat.

“Majlis Presiden akan putuskan kemudian mengenai wakil-wakil backben­chers selebihnya yang akan berada di Dewan Rakyat sekiranya menteri-menteri berkaitan tidak dapat menghadirkan diri ke Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN