KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melantik ketua backbenchers (penyokong-penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai wakil kerajaan pada sidang Dewan Rakyat bagi memastikan kuorum di pihak parti pemerintah sentiasa mencukupi. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, isu ketidakhadiran wakil rakyat PH pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang dan masalah tersebut boleh diselesaikan menerusi pelantikan backbenchers. “Saya syorkan agar Ketua Whip PH mengadakan perbincangan…










