Petani bunuh diri beramai-ramai di India - Utusan Malaysia

Petani bunuh diri beramai-ramai di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 17 Julai – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC) negara ini melahirkan kebimbangan tentang kejadian beratus-ratus petani di Maharashtra yang membunuh diri sejak beberapa bulan lalu dan menggesa kerajaan mengambil tindakan.

Kerajaan negeri itu memaklumkan pada minggu lalu, seramai 639 petani membunuh diri antara Mac dan Mei lalu dengan purata tujuh orang petani berbuat demikian setiap hari.

NHRC telah meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menyerahkan laporan dalam tempoh sebulan berhubung krisis itu dan skim kebajikan kerajaan yang boleh diperuntukkan.

Walaupun menerima bantuan, pertanian di negara ini mengalami masalah yang teruk ekoran kemarau, infrastruktur yang lemah dan harga pengeluaran yang rendah namun Maharashtra adalah yang paling teruk terjejas.

“Kejadian bunuh diri dalam kalangan petani yang ramai adalah masalah yang serius kerana membabitkan hak kehidupan mangsa. Ahli keluarga mangsa turut mengalami tekanan akibat kematian ketua keluarga masing-masing,’’ lapor NHRC. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN