KEPALA BATAS 28 Julai – Seorang pesawah tidak menyangka amalannya menyimpan dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak lima tahun lalu melayakkannya menerima ganjaran berupa simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta. Ismail Din, 64, yang merupakan pemenang Cabutan BSN SSP untuk bulan Mei berkata, dia mengetahui berita itu selepas tiga wakil BSN datang ke rumahnya di Permatang Tinggi di sini, bulan lepas. “Sebenarnya, setiap tahun (sejak…










