“KENAPALAH dia tergamak melakukannya.” Itulah antara persoalan membimbangkan yang semakin kerap dilontarkan oleh masyarakat negara ini setiap kali timbul kes dera termasuk pembunuhan kejam dengan mangsa membabitkan ahli keluarga selain kanak-kanak dan bayi. Apa yang pasti tiada siapa yang sanggup mengelar, menikam, menetak mahupun memancung anggota keluarga sendiri melainkan akal pelakunya berada dalam keadaan ‘sakit’ sehingga kehilangan kewarasan dan pertimbangan. Sebab itu jika diteliti kembali, suspek yang terlibat dalam kes…










