Peruntukan bina dan naik taraf transformer BELB ditanggung kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Peruntukan bina dan naik taraf transformer BELB ditanggung kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang kini dikenali Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menanggung kos bagi membina dan menaik taraf transformer Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di negeri ini.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, peruntukan tersebut termasuk menyediakan projek bekalan elektrik luar bandar di seluruh negeri.

“Sarawak Energy Berhad (SEB) akan memantau bebanan kapasiti transformer terutama melibatkan kawasan luar bandar.

“Jika kapasiti transformer itu melebihi tahap 80 peratus maka SEB akan menjalankan kerja menaik taraf bagi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya yang menjawab soalan lisan Datuk Ranum Mina (UPP-Opar) mengenai peruntukan kementerian untuk kerja menaik taraf transformer BELB pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kos pemasangan dan naik taraf transformer itu termasuk dalam kos projek baharu BELB manakala yang bukan dalam pelaksanaan projek itu ditanggung SEB.

“Secara purata, kos untuk menaik taraf sebuah transformer 50 kilovolt-ampere (kVA) kepada 160 kVA adalah kira-kira RM20,000 tidak termasuk kos pemasangan manakala jumlah keseluruhannya dianggarkan sehingga RM80,000,” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN