Peruntukan bina dan naik taraf BELB diberikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar - Utusan Malaysia

Peruntukan bina dan naik taraf BELB diberikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 10 Julai – Peruntukan bagi membina dan menaik taraf transformer Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) ditanggung oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Menurut Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr. Abdul Rahman Junaidi, peruntukan tersebut termasuk menyediakan projek bekalan elektrik luar bandar di seluruh negeri ini.

“Tugas memantau bebanan kapasiti transformer berkenaan dijalankan oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) khasnya di luar bandar.

“Sekiranya kapasiti transformer itu melebihi tahap 80 peratus maka SEB akan menjalankan kerja menaik taraf bagi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Ranum Mina (PBB-Opar) mengenai peruntukan kementerian untuk kerja menaik taraf transformer BELB pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 di sini sebentar tadi.

Menjawab soalan tambahan Ranum mengenai kos pembinaan dan naik taraf berkata, kos pemasangan dan naik taraf pula, beliau berkata, transformer itu termasuk dalam kos projek baharu BELB manakala yang bukan dalam perlaksanaan projek itu ditanggung SEB.

“Secara purata kos utk menaik taraf sebuah transformer 50 kilovolt-ampere (kVA) kepada 160 kVA adalah kira-kira RM20,000 tidak termasuk kos pemasangan manakala jumlah keseluruhannya dianggarkan sehingga RM80,000,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN