Pilihan Raya Kecil DUN N49 Sungai Kandis yang bakal berlangsung pada 4 Ogos depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas. Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang merupakan calon PKR ditentang oleh calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.










