Persembahan Putera Band dalam Busking Bersama Buskers petang ini - Utusan Malaysia

Persembahan Putera Band dalam Busking Bersama Buskers petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Busking Bersama Buskers, platform yang dibuka oleh Utusan Online kepada kumpulan-kumpulan busking atau pemuzik jalanan tanah air, kembali petang ini bersama Putera Band untuk memanaskan semula Panggung Utusan di Ibu Pejabat Utusan Malaysia, di sini yang berehat sepanjang bulan Ramadan lalu.

Dianggotai oleh empat anak muda, Muhammad Haziq Hasbullah atau nama pentasnya, Haziq, Mohammad Fitri Abu Hasan Asa’Ari (Baby), Muhammad Aidid Farhan Suhaimi (Black) dan Muhammad Alift Abu Hasan Asa’Ari (Aleep), mereka akan menghiburkan para penonton Busking Bersama Buskers pukul 5 petang ini dengan senarai lagu pilihan mereka.

Walaupun pada asalnya Putera Band adalah artis berkumpulan arus perdana namun dalam perjalanan karier seni, anak-anak muda juga mampu untuk menggunakan pendekatan busking untuk mendekatkan diri dengan peminat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persembahan secara langsung oleh buskers jemputan Busking Bersama Buskers pada hari Jumaat, dua minggu sekali, boleh ditonton di laman media sosial, Facebook Utusan Online.

Caranya mudah iaitu para peminat Putera Band hanya perlu ‘like’ Facebook Utusan Online untuk menonton persembahan Putera Band petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN