Permohonan Rosmah batal saman syarikat pemborong barang kemas 11 Oktober - Utusan Malaysia

Permohonan Rosmah batal saman syarikat pemborong barang kemas 11 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan saman pemborong barang kemas terkenal dari Lubnan berhubung penghantaran 44 barang kemas AS$14.79 juta (RM59.831 juta) akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 11 Oktober ini.

Permohonan Rosmah batal saman syarikat pemborong barang kemas 11 Oktober
Rosmah Mansor 

Pada tarikh yang sama, mahkamah akan mendengar permohonan Kerajaan Malaysia untuk menjadi salah satu pihak dalam kes saman tersebut.

Rosmah memohon agar saman tersebut dibatalkan atas alasan beliau bukan pihak yang sepatutnya dinamakan dalam tindakan undang-undang tersebut.

Pihak kerajaan pula memohon untuk menjadi pencelah dalam kes saman bagi melindungi kepentingan mereka terhadap barang kemas tersebut yang kini didakwa berada dalam simpanan pihak berkuasa.

Global Royalty Trading SAL selaku pihak plaintif memfailkan saman itu pada 26 Jun lalu dengan menamakan Rosmah sebagai defendan tunggal.

Menurut pernyataan tuntutan syarikat itu, plaintif antara lain memohon agar kesemua barang kemas itu dipulangkan semula atau membayar semula kos barang-barang kemas RM59,831,317.40 (AS$14,787,770) mengikut kadar Maybank Bhd. pada 13 Jun lalu dan faedah lapan peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN