Perlumbaan kereta mainan antara tarikan di Sambutan 7 Dekad MBM - Utusan Malaysia

Perlumbaan kereta mainan antara tarikan di Sambutan 7 Dekad MBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI 22 Julai – Perlumbaan kereta mainan Tamiya merupakan salah satu acara tarikan yang diadakan sempena Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.

MOHD. SHAHMI LUBIS
MOHD. SHAHMI LUBIS

Pertandingan yang menawarkan hadiah tunai sehingga RM800 dan piala itu jelas penganjurnya, Mohd. Shahmi Lubis, telah berjaya menarik penyertaan 46 peserta pelbagai umur.

Beliau berkata, perlumbaan tersebut dianjurkan bagi menggalakkan interaksi antara peserta memandangkan ketika ini masyarakat lebih menghabiskan masa dengan media sosial permainan video.

“Para peserta bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat bercampur dengan masyarakat.

“Yang menariknya, majoriti peserta perlumbaan ini adalah golongan dewasa berumur antara 25 hingga 35 tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Online.

Pertandingan selama sehari itu menawarkan hadiah-hadiah untuk tiga pemenang utama yang masing-masing bernilai RM800, RM500 dan RM300 berserta piala setiap seorang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN