KAMI rakyat yang mengundi Pakatan Harapan (PH) tersangat terganggu dengan tindak-tanduk pemimpin kerajaaan PH hari ini. Walau pun telah wujud pelbagai badan penyiasatan selain agensi pengkuatkuasa yang sedia ada, tetapi ramai pemimpin kerajaan masih bersikap seperti pemimpin pembangkang.
Rakyat mengharapkan pemimpin kerajaan sekarang bergerak ke hadapan dan bangunkan negara ini setanding dengan negara-negara lain.
Rakyat sudah muak dengan sikap mencari kesalahan orang lain. Bagi menjamin kelangsungan kuasa yang ada, buatlah sesuatu yang baharu dan berteknologi tinggi.
Jangan memikirkan masalah dan memberi pelbagai alasan. Tunaikan janji. Perlu diingat apa pun yang telah dijanjikan tetapi tidak dapat ditunaikan jangan salahkan kerajaanterdahulu.
Menteri haruslah memikirkan cara pelaksanaan terutama berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Bagi pelaksanaan UEC yang dituntut oleh NGO Cina banyak mendapat tentangan dan semua perkara berkaitan dengannya telah umum tahu dan mudah dicari dalam internet.
Terang-terang UEC melanggar dan membenam Dasar Pendidikan Negara. Kami yakin Menteri Pendidikan lebih arif tentang perkara ini kerana beliau seorang berkelulusan Doktor
Falsafah tetapi sayang sekali tidak memahami apa itu UEC.
Ini bukan soal prejudis. Sebelum meluluskannya rakyat hendak dan memohon Menteri Pendidikan membentang metodologi kajian yang digunakan dan analisis data dilakukan serta apakah instrumen yang digunakan.
ZULKAS
kg. Tengah Ayer Baloi










