KUALA LUMPUR 17 Julai – Penganjuran Simposium Kebangsaan Bahasa Inggeris Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) perlu dilakukan secara lebih meluas dengan memanfaatkan perkembangan teknologi terkini. Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan, Saifuddin Hussain berkata, skop program berkenaan juga sewajarnya diperluaskan dengan melibatkan subjek-subjek bahasa yang lain. “Kita bukan sahaja mengajar untuk melahirkan tenaga mahir dalam negara, malah kita mengajar untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin…










