KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, semua pihak perlu membezakan antara perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan dengan gerakan komunis. “Perjuangan rakyat dengan komunis itu susahlah kita hendak masukkan (dalam buku sejarah). Kalau perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan itu soal lain. “Ada perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan dicop sebagai perjuangan komunis seperti perjuangan Dr. Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaacob dan Pak Sako (Ishak Muhammad). “Saya tidak fikir mereka ini menganut ideologi…










