Perkongsian gambar Dr. M, Trudeau tarik perhatian ramai - Utusan Malaysia

Perkongsian gambar Dr. M, Trudeau tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Perkongsian sekeping gambar nostalgia yang memaparkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan seorang kanak-kanak ketika beliau kali pertama menjadi Perdana Menteri sekitar tahun 1980-an menarik perhatian rakyat.

Walaupun telah dikongsi di akaun Twitter Perdana Menteri sejak Isnin lalu, namun gambar bersama kanak-kanak yang kini merupakan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau itu terus tular dalam media sosial.

Gambar yang dihadiahkan­ oleh Pesuruhjaya Tinggi Ka­nada ke Malaysia, Julia Greenwood Bentley kepada Dr. Mahathir itu telah mendapat lebih 200 komen, 1,500 tweet semula dan 4,600 tanda suka sehingga setakat pukul 3 petang hari ini.

“Hadiah yang istimewa da­­­ripada Julia Greenwoood Bentley (Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia)

“Gambar nostalgia bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre Elliot Trudeau dan anak lelakinya, Justin Trudeau pada 1982,” kata Dr. Mahathir menerusi perkongsian itu.

Rata-rata netizen yang mem­beri komen turut berkongsi ke­gembiraan dan kenangan ter­­masuk Dzirha Defence yang mengharapkan kedua-dua Per­­dana Menteri dapat terus mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Kanada.

“Amat berharap Dr. Mahathir dan Trudeau dapat ber­temu dan mengukuhkan hubungan antara Malaysia-Kanada,” katanya.

Seorang lagi netizen iaitu @Ano_hidayah turut menyatakan ke­kaguman mengenai gambar nostalgia itu, apatah lagi Trudeau kini menjadi Perdana Menteri Kanada.

“Wow, kini beliau (Trudeau) adalah seorang Perdana Menteri! Sangat bersejarah,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN