JOHOR BAHRU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri memaklumkan telah membuat pembayaran pampasan sebanyak RM29,966 kepada suami seorang wanita yang dikatakan cuba terjun dari jambatan Peserai di Batu Pahat semalam. Pemberian pampasan tersebut sekali gus menafikan dakwaan wanita berusia 27 tahun itu yang beliau masih belum mendapat tuntutan daripada pertubuhan berkenaan berhubung kes suaminya itu. Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, pihaknya telah membuat bayaran kepada suami wanita berkenaan…










