Perkahwinan kanak-kanak: Kementerian perlu statistik tepat, terkini semua agensi - Utusan Malaysia

Perkahwinan kanak-kanak: Kementerian perlu statistik tepat, terkini semua agensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua agensi berkaitan diminta memberi kerjasama kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mendapatkan jaringan data dan statistik yang tepat, terkini dan komprehensif berhubung perkahwinan kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pada masa ini statistik berkaitan perkara itu berada di bawah beberapa agensi yang berbeza seperti di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta negeri-negeri.

“Kementerian telah memperolehi statistik kanak-kanak berkahwin bagi Muslim daripada JKSM dan bukan Muslim daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

“Menyedari bahawa statistik berkaitan kini berada di bawah beberapa agensi yang berbeza seperti KDN dan JKSM serta juga di negeri-negeri, saya amat berharap semua agensi berkaitan dapat bekerjasama dengan kementerian (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) agar jaringan data dan statistik yang tepat, terkini dan komprehensif dapat diwujudkan,” katanya.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN