KUALA LUMPUR – Perkahwinan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu adalah tidak sah dari segi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, ini kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun. “Perkahwinan…










