SAUDARA PENGARANG, SAYA terkejut membaca laporan berita mendakwa Menteri Dalam Negeri akan mempercepatkan pemberian taraf kewarganegaraan kepada lebih 200,000 individu yang kononnya rakyat Malaysia yang tiada dokumen pengenalan diri atau memgang MyKad merah. Pada masa sama, tular video Ahli Parlimen Kepong melayan puluhan ribu orang Cina yang didakwa rakyat tempatan tanpa dokumen atau pemegang taraf penduduk tetap yang mahu mendapatkan kerakyatan Malaysia baru-baru ini. Isu ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi…










