Perhimpunan Agung UMNO pada 29-30 September ini - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO pada 29-30 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Suasana Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal diadakan pada hujung September ini pastinya berbeza dengan penganjuran perhimpunan tersebut sebelum ini.

Kebiasaannya perhimpunan tahunan parti terbesar orang Me­layu itu diadakan selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun kali ini hanya dilangsungkan selama dua hari.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persidangan tersebut akan diadakan pada 29 September ini di peringkat sayap-sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 30 September pula khusus untuk Perhimpunan Agung UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyurat Majlis Tertinggi di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menjelaskan, pemilihan di pelbagai peringkat telah dijalankan sebelum ini menjadi sebab utama perhimpunan itu tidak diadakan pada Disember.

“Kita buat awal sebab kita sudah mengadakan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan tertinggi.

“Oleh sebab itu perhimpunan kali ini juga penting untuk para perwakilan membahaskan usul Presiden sahaja,” katanya.

Tahun lalu, Perhimpunan Agung UMNO diadakan dari 5 hingga 9 Disember 2017 dengan menumpukan kepada persediaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×