PEKAN – Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan semula hutan, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda bertitah, walaupun tidak dinafikan pembalakan sebagai sumber pendapatan negeri namun ia seharusnya dilakukan secara terperinci bagi mengurangkan kesan ke atas alam sekitar. “Permasalahan utama yang dihadapi ialah pembalakan yang dilakukan secara haram dan ini yang kita semua sedang usahakan (untuk menanganinya),” titah baginda. Tengku Abdullah bertitah…










