Perang dagang AS, China memuncak lagi - Utusan Malaysia

Perang dagang AS, China memuncak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 11 Julai – Perang dagang antara Ame­rika Syarikat (AS) dan China kembali memuncak hari ini apabila Washington mengancam untuk mengenakan tarif baharu ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (RM803 bilion) dan Beijing berikrar untuk mengambil langkah serupa.

Perkembangan terbaharu da­lam konflik dagang yang sema­kin meningkat antara dua kuasa ekonomi dunia berlaku beberapa hari selepas tarif balas dendam ke atas barang bernilai AS$34 bilion (RM136 bilion) dikuatkuasakan.

Penganalisis ekonomi membe­ri amaran bahawa ketegangan an­tara dua kuasa besar itu akan memberi kesan buruk kepada ekonomi global dan memberi kesan meluas ke seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perwakilan Perdagangan AS, Ro­bert Lighthizer semalam menuduh China bertindak balas terhadap tarif yang dikenakan Washington tanpa asas atau justifikasi undang-undang antarabangsa.

“Presiden AS, Donald Trump de­­ngan itu mengarahkan jabatan perdagangan supaya memulakan proses mengenakan tarif seba­nyak 10 peratus terhadap tambahan import China bernilai AS$200 bilion (RM803 bilion),” kata Light­hizer dalam satu kenyataan.

Pegawai kerajaan dalam pada itu akan mengadakan perbinca­ngan pada penghujung Ogos ini terhadap senarai produk sasaran dan seorang pegawai pentadbiran berkata, proses terbabit mengambil masa selama dua bulan untuk dimuktamadkan dengan Trump dijangka memutuskan sama ada akan meneruskan tarif tersebut atau sebaliknya.

Menurut seorang pegawai, mat­lamat akhir rancangan itu ada­lah untuk mengenakan tarif ke atas 40 peratus import China, jumlah sama yang dikenakan ke atas barangan Amerika yang dikenakan cukai oleh Beijing.

Jika langkah itu dilaksanakan, ini bermakna cukai baharu dikenakan terhadap ribuan produk daripada ikan hingga kepada bahan kimia, keluli dan tayar.

Sementara itu, mengulas me­ngenai senarai keseluruhan tidak masuk akal Washington, kementerian perdagangan di Beijing berkata, pihaknya mungkin terpaksa mengambil langkah serupa.

“Tingkah laku AS menyakiti China, dunia dan negara itu sendiri, Beijing amat terkejut dengan langkah AS dan demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, kerajaan China tidak mempunyai pilihan melainkan me­ngambil langkah serupa,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×