PARIS 17 Julai – Pasukan juara dunia Perancis menerima sambutan besar-besaran sebaik sahaja kembali semalam dan perarakan telah berlangsung di Champs-Elysees dengan ratusan ribu penyokong bersorak meraikan ketibaan idola baharu negara mereka itu. Selepas menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia, pasukan itu pulang ke Paris untuk menemui penyokong yang amat berharap dapat melihat kelibat pemain kesayangan yang telah menambat hati rakyat Perancis. Mereka tidak mengecewakan apabila…










