Perancis pamer karakter sang juara - Utusan Malaysia

Perancis pamer karakter sang juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps teruja dengan kualiti ditunjukkan para pemainnya, sekali gus membuktikan mereka mampu menjadi juara Piala Dunia 2018 di Rusia seteleh menewaskan Croatia 4-2 di Stadium Luzhniki awal pagi semalam.

Kejayaan tersebut berjaya melengkapkan kemenangan kedua Les Bleus selepas kali pertama menjulang Piala Dunia pada 1998 apabila menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij di muka bumi itu.

Pada aksi tersebut, Perancis menjaringkan dua gol pada babak pertama dan ke­dua, sekali gus memberikan kelebihan untuk mereka membenam cabaran Croatia meskipun kesilapan penjaga golnya, Hugo Lloris memberikan gol kepada skuad kendalian Zlako Dalic pada minit ke-69.

“Kami adalah pasukan yang dibarisi de­ngan pemain muda tetapi berjaya berada di puncak untuk menjulang trofi di Rusia.

“Ada pemain baru berusia 19 tahun se­perti Kylian Mbappe yang mampu memberikan ancaman kepada pasukan lawan apabila bola berada dalam kawalannya.

“Kami tidak begitu menyerlah, namun pemain berjaya menunjukkan mentaliti yang terbaik ketika berada di atas padang.

“Kesungguhan pemain ternyata membuahkan hasil setelah kami mampu men­dapatkan empat gol di pentas final dan ja­­ring­an tersebut sememangnya membuatkan kami layak untuk menang.

“Pemain sudah melakukan persiapan sangat rapi dan kemenangan ini bukan untuk diri saya sahaja tetapi buat semua pemain yang telah bekerja keras dalam tempoh 55 hari kempen Piala Dunia kali ini,” kata Deschamps.

Pada masa sama, kejayaan tersebut menjadikan Deschamps muncul sebagai individu ketiga menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih selepas beliau memenangi­nya pada edisi 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN