BUKU ini sesuai dibaca bagi memahami kontroversi pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas yang berketurunan India Malayalee dan penganut Kristian pada bulan lalu. Ini berikutan kebimbangan pelbagai pihak beliau tidak dapat memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Isu itu timbul kerana wujud kekeliruan mengenai fungsi sebenar Peguam Negara yang dianggap terlalu berkuasa sedangkan hakikatnya jawatan itu sama seperti penjawat awam lain yang…










