Perak sekadar raih satu mata di laman sendiri - Utusan Malaysia

Perak sekadar raih satu mata di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Julai – Perak gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini.

Begitupun satu mata yang diraih memastikan Perak kekal di tangga kedua liga denganl 32 mata selepas 19 perlawanan.

Dalam aksi hari ini, pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi Norshahrul Idlan Talaha yang mudah menolak masuk bola ke dalam gawang selepas mendapat hantaran silang Mohamadou Sumareh pada minit ke-16.

Perak bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-25 hasil gol Mohd. Nor Hakim Hassan yang merembat kencang bola di dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran Kenny Pallraj yang menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN