Peragut parah dirempuh lori - Utusan Malaysia

Peragut parah dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Seorang peragut cedera parah dirempuh sebuah lori ketika melarikan diri selepas meragut seorang wanita yang sedang menunggang motosikal bersama ibunya di Jalan Jernai, Setapak, di sini hari ini.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun bersama ibunya, 57, dalam perjalanan pulang ke rumah. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek telah meragut beg tangan dalam motosikal mangsa di hadapan Sekolah Agama Taman Danau Kota di sini.

“Mangsa kemudian nekad mengejar suspek berusia 35 tahun hingga ke simpang Jalan Jernai sebelum melanggar motosikal suspek.

“Akibat insiden itu, kedua-dua mereka tebabas sebelum jatuh daripada motosikal masing-masing,” katanya.

Jelasnya, suspek yang cuba melarikan diri telah dilanggar sebuah lori ketika mahu mendapatkan motosikalnya.

Ujarnya, akibat pelanggaran itu, suspek mengalami retak bahagian tempurung kepala, patah tangan kiri, retak rusuk kiri dan kecederaan di beberapa bahagian badan manakala mangsa mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN