KUALA LUMPUR 27 Julai – Syarikat pengedar minuman jenama Pepsi, Etika Sdn. Bhd., memperkenalkan minuman baharu tanpa kalori yang lebih hebat dan futuristik yang kini boleh didapati di mana-mana cawangan TGV Cinemas di seluruh Malaysia.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, pihaknya berasa teruja untuk membawa perisa alaf baharu Pepsi kepada para pengunjung dan mereka boleh menikmati minuman yang lebih sihat bersama snek pilihan.
“Digelar sebagai rasa minuman yang dinanti-nantikan, Pepsi baharu diperkenalkan pada awal tahun ini untuk rakyat Malaysia menikmati rasa kola yang hebat tanpa kalori.
“Pepsi baharu ini menjanjikan rakyat Malaysia rasa yang mempesonakan dan nikmat kepuasan kelegaan dahaga,” katanya sebelum tayangan eksklusif filem Mission Impossible – Fallout bersama Pepsi di sini, hari ini.
Yang hadir sama ialah Ketua Pengurusan TGV Cinemas, Raymond Letchmanan.
Mengulas lanjut, Santharuban berkata, sebagai penyedia minuman pilihan dan rakan niaga TGV Cinemas, pihaknya berbesar hati untuk menambah penawaran produk dengan Pepsi baharu.
“Orang ramai kini boleh menikmati minuman tersebut bersama kombo pilihan mereka atau sebagai ‘ala carte’ untuk mengalami rasa minuman yang dinanti-nantikan ini.
“Mereka juga boleh mendapatkan Pepsi baharu ini dalam pelbagai saiz di seluruh kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka,” katanya. – UTUSAN ONLINE










