SHAH ALAM 21 Julai – Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Besar Bunga Tanjung, Seksyen 19, di sini mula dibanjiri para penyokong PKR kira-kira pukul 8 pagi ini. Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir di perkarangan pintu masuk pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi. – UTUSAN ONLINE










