Penyakit HFMD terkawal, tiada kematian dilaporkan setakat ini - Utusan Malaysia

Penyakit HFMD terkawal, tiada kematian dilaporkan setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebanyak 381 pusat jagaan di seluruh negara ditutup sejak Januari sehingga 14 Julai lepas berikutan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Azman Abu Bakar.

Beliau berkata, pusat jagaan yang ditutup itu terdiri daripada 179 taska, tadika pra-sekolah (181) dan sekolah (21).

“Kita bersyukur kerana mengambil langkah pencegahan segera dan setakat ini tiada kematian dilaporkan. Penyakit ini endemik dan ia sedia ada, namun ia berada pada tahap terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Kebangsaan ke-9 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 31,087 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 14 Julai lepas berbanding hanya 21,841 kes dalam tempoh sama pada 2017.

Katanya, bilangan kes itu mengalami peningkatan 42.3 peratus. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN