Penuntut UiTM tidak sempat hubungi ibu - Utusan Malaysia

Penuntut UiTM tidak sempat hubungi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 16 Julai – Penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil yang maut setelah terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama kampus itu dipercayai tidak sempat menghubungi ibunya.

Kakaknya, Nik Zahirah Azmi berkata, menurut rakan-rakan adiknya, Nik Muhammad Addin dikatakan ke balkoni tersebut untuk menghubungi ibunya selepas selesai menyiapkan tugasan secara berkumpulan.

“Ibu saya tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada Nik Muhammad Addin tetapi hanya dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpanya” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jenazah Nik Muhammad Addin selamat dikebumikan kira-kira pukul 3 petang ini di Tanah Perkuburan Islam PJS 4 di sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN