KULIM 10 Julai – Seorang pemandu kenderaan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang putus tangan kanan selepas motosikal yang ditunggangi terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di kawasan Perindustrian Kulim Hi-Tech di sini hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Yusri Yusup, 33, dari Taman Mutiara, Sungai Kob dekat sini, menaiki motosikal jenis Yamaha 125 terlibat dalam kemalangan di satu simpang hadapan Kilang Intel di sini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya