KUALA LUMPUR 30 Julai – Mengikuti secara dekat sesi perbahasan di Dewan Rakyat memberi pengalaman baharu kepada pentadbir dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berpeluang mengunjungi Bangunan Parlimen hari ini untuk mengikuti sesi Dewan Rakyat. Terdiri dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelbagai skim perkhidmatan, lawatan ke Parlimen ini dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM disertai seramai 19 orang pegawai. Istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen…










