Penstrukturan pasukan khas PDRM hampir selesai - Utusan Malaysia

Penstrukturan pasukan khas PDRM hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Penstrukturan semula tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia melibatkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) hampir selesai.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab berkata, kertas kerja mengenai penstrukturan itu akan dibentangkan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

“Dalam penstrukturan ini, sebahagian daripada setiap pasukan akan dihantar ke kontinjen negeri bagi memperkasakan pasukan D9 (Bahagian Jenayah Berat), D7 (Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Jumlah keseluruhan pegawai dan anggota ketiga-tiga pasukan yang ada ketika ini adalah seramai 600 orang,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor Siri 1/2017 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN