Penolong kanan didakwa mencabul - Utusan Malaysia

Penolong kanan didakwa mencabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Seorang guru penolong kanan kokurikulum sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan mencabul seorang murid perempuan Mei lalu.

Tertuduh, Halidon Samsuri, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa di sebuah bilik kokurikulum sekolah itu pada pukul 10.11 pagi, 25 Mei lalu.

Tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit ke­salahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN